IMG-20181128-WA0002

USAHAWAN KECIL KEK LAPIS

Nama : Pn Nur Ain binti Sahar
Umur : 32 tahun
Ahli : 2013

 

Latar belakang

Pn Nur Ain merupakan seorang suri rumah yang mengusahakan perniagaan kek lapis secara kecil - kecilan. Beliau berkunjung ke Pedi Pekan Marudi untuk melayari internet bagi tujuan mempromosi perniagaannya dan menyertai bengkel serta kelas yang diadakan di Pedi. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pedi

Melakukan promosi dan jualan secara tradisional. Kurang pengetahuan dan kemahiran mengenai cara dan platform yang sesuai untuk mempromosi perniagaannya. Pelanggan hanaya terhad kepada penduduk sekitar Pekan Marudi sahaja. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pedi

Melalui bengkel keusahawanan yang dibimbing oleh petugas Pedi Pekan Marudi, Pn Nur Ain kini boleh mempromosikan perniagaannya di media sosial seperti Facebook. Selain itu, beliau juga mempromosikan produk perniagaannya di aplikasi Dashboard Komuniti My Shop. Dengan adanya platform sebegini, ramai yang menempah/ membeli produk perniagaan  beliau dan secara tidak langsung dapat menambahkan pendapatannya.

IMG-20181122-WA0007

USAHAWAN KECIL HOMEMADE RIS COOKIES

Nama : Pn Suhana binti Hj Izhar
Umur : 37 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Pn Suhana merupakan seorang penjawat awam yang mengusahakan perniagaan homemade RIS Cookies secara kecil - kecilan. Beliau berkunjung ke Pedi Pekan Marudi untuk melayari internet bagi tujuan mempromosi perniagaannya dan menyertai bengkel serta kelas yang diadakan di Pedi. Beliau mula menceburi bidang perniagaan homemade cookies ini kerana minatnya yang mendalam dalam bidang masakan dan kuih muih di samping menambah pendapatan sampingannya. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pedi

Melakukan promosi dan jualan secara tradisional. Kurang pengetahuan dan kemahiran mengenai cara dan platform yang sesuai untuk mempromosi perniagaannya. Pelanggan hanaya terhad kepada penduduk sekitar Pekan Marudi sahaja. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pedi

Melalui bengkel keusahawanan yang dibimbing oleh petugas Pedi Pekan Marudi, Pn Suhana kini boleh mempromosikan perniagaannya di media sosial seperti Facebook dan Instagram. Dengan adanya platform sebegini, ramai yang menempah/ membeli produk perniagaan  beliau dan secara tidak langsung dapat menambahkan pendapatannya.

 

USAHAWAN KECIL BARANGAN KEPERLUAN (KASUT, AKSESORI & DSB)

Nama : Vanida aanak Galang
Umur : 18 tahun
Ahli : 2016

 

Latar belakang

Cik Vanida merupakan seorang pelajar Tingkatan 6 dan telah menjadi ahli Pedi Pekan Marudi sejak tahun 2016 lagi. Beliau mula menceburi bidang perniagaan bagi menambah pendapatan sampingannya. Beliau berkunjung ke Pedi untuk menggunakan kemudahan internet bagi tujuan mempromosi perniagaannya dan menyertai bengkel serta kelas yang dianjurkan oleh pihak Pedi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pedi

Cik Vanida melakukan promosi dan jualan secara tradisional. Beliau juga kurang pengetahuan dan kemahiran mengenai cara dan platform yang sesuai untuk mempromosi perniagaannya. Pelanggan hanaya terhad kepada penduduk sekitar Pekan Marudi sahaja. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pedi

Melalui bengkel keusahawanan yang dibimbing oleh petugas Pedi Pekan Marudi, Cik Vanida kini boleh mempromosikan perniagaannya di media sosial seperti Facebook. Selain itu, beliau juga mempelajari fungsi aplikasi Dashboard Komuniti MyShop untuk mempromosi perniagaannya. Dengan adanya platform sebegini, ramai yang menempah/ membeli produk perniagaan bakeri beliau dan secara tidak langsung dapat menambahkan pendapatannya.

IMG20180824111810

 

IMG20180907105549

 

Nama : Serra Surai Malang
Umur : 19 tahun
Ahli sejak : 2016

 

Latar belakang 

Serra merupakan seorang pelajar tingkatan 6 yang telah mendaftar sebagai ahli Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia(Pedi) Pekan Marudi sejak tahun 2016 lagi. Serra berkunjung ke Pedi Pekan Marudi unuk menggunakan kemudahan internet yang tterdapat di sini untuk mencari maklumat dan informasi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pedi

Sebelum ini, Serra kurang mahir menggunakan aplikasi komputer dan fungsi internet bagi tujuan pembelajaran. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pedi

Petugas telah memberi panduan kepada peserta mengenai teknik asas menggunakan Microsoft Office. Selepas mengikuti kelas dan aktiviti yang diadakan di Pedi, Serra mula menyedari kepentingan ilmu pengkomputeran dan penggunaan internet. Dengan adanya kemudahan internet, dia dapat mencari maklumat dan informasi dengan mudah.

USAHAWAN BAKERY

Nama : Nur Fahana binti Khalid
Umur : 23 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Cik Fahana merupakan seorang usahawan yang mengusahakan perniagaan bakeri milik keluarganya iaitu Bakti Bakery Cake House. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pedi

Cik Fahana merupakan seorang usahawan yang mengusahakan perniagaan bakeri milik keluarganya di Pekan Marudi. Beliau melakukan promosi dan jualan secara tradisional. Beliau juga kurang pengetahuan dan kemahiran mengenai cara dan platform yang sesuai untuk mempromosikan produk perniagaannya. Pelanggan hanya terhad kepada penduduk sekitar Pekan Marudi sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pedi

Melalui bengkel keusahawanan yang dibimbing oleh petugas PIK Pekan Marudi, Cik Fahana kini boleh mempromosikan perniagaannya di media sosial seperti Facebook. Selain itu, beliau juga mempelajari fungsi aplikasi Dashboard Komuniti MyShop untuk mempromosi perniagaannya. Dengan adanya platform sebegini, ramai yang menempah/ membeli produk perniagaan bakeri beliau dan secara tidak langsung dapat menambahkan pendapatannya.

 

VID20180419111519 Moment1