chiey

Nama

: Cecilia Ngang

Umur

: 37 tahun

Ahli

: 2021


Latar belakang

Chiey telah beroperasi sejak bulan Julai 2020 lagi. Cecilia Ngang adalah seorang suri rumah dan merupakan ahli Pedi Pekan Marudi pada 04 Julai 2021. Di samping itu, beliau menjual skincare produk dan sebagainya untuk mendapatkan lebih banyak pendapatan tambahan dan juga menghabiskan masa lapang. Beliau hanya menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan di Pekan Marudi sahaja.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pedi

Sebelum penggunaan ICT, skincare produk dijual kepada pelanggan yang melanggan keluarga, rakan-rakan zumba dan beberapa kenalan yang membelinya. Perniagaannya tidak meluas dari awal perniagaan sehingga dia menyedari bahawa kelebihan ICT adalah statik.


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pedi

Selepas menggunakan ICT dan melalui bengkel keusahawaan yang dibimbing oleh petugas dari Pedi Pekan Marudi, beliau sekarang telah memiliki akaun Facebook sendiri yang dapat mempromosikan product beliau iaitu skincare produk dan sebagainya. Terdapat ramai pelanggan dari tempat lain untuk membeli produk daripadanya, yang secara tidak langsung telah membantu beliau meningkatkan pendapatannya.

Smartpin

Nama

: Sharifah Nur Asyilah binti Wan Omar

Umur

: 24 tahun

Ahli

: 2021

Latar belakang

Smartpin telah beroperasi sejak 2020 lagi. Sharifah Nur Asyilah binti Wan Omar adalah seorang pelajar dan merupakan ahli Pedi Pekan Marudi pada 17 Ogos 2021. Di samping itu, beliau menjual pakaian wanita, tudung, seluar dan sebagainya untuk mendapatkan lebih banyak pendapatan tambahan dan juga menghabiskan masa lapang. Beliau hanya menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan di Pekan Marudi sahaja.  

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pedi

Sebelum penggunaan ICT, sarong dijual kepada pelanggan yang melanggan keluarga, rakan dan beberapa kenalan yang membelinya. Perniagaannya tidak meluas dari awal perniagaan sehingga dia menyedari bahawa kelebihan ICT adalah statik.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pedi

Selepas menggunakan ICT dan melalui bengkel keusahawaan yang dibimbing oleh petugas dari Pedi Pekan Marudi, beliau sekarang telah memiliki akaun Instagram sendiri yang dapat mempromosikan product beliau iaitu sarong baju dan sebagainya. Terdapat ramai pelanggan dari tempat lain untuk membeli produk daripadanya, yang secara tidak langsung telah membantu beliau meningkatkan pendapatannya.

Nama

: Mohd Kipli Chan

Umur

: 62 tahun

Ahli

: 2021

Latar belakang

Mohd Kipli Chan adalah seorang tukang masak sejak awal kariernya, dia juga merupakan ahli Pedi Pekan Marudi, pada 9 Ogos 2021. Di samping itu, dia dengan isterinya juga membuat makanan ringan untuk menjual dirinya untuk mendapatkan lebih banyak pendapatan tambahan dan juga menghabiskan masa lapang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pedi

Sebelum penggunaan ICT, makanan ringannya dijual di tamu Pekan Marudi dan hanya pada waktu pagi. Oleh itu, hanya pelanggan yang melanggan keluarga, rakan dan beberapa kenalan yang membelinya. Perniagaannya tidak meluas dari awal perniagaan sehingga dia menyedari bahawa kelebihan ICT adalah statik.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pedi

Selepas menggunakan ICT dan dibimbing oleh petugas dari Pedi Pekan Marudi, beliau sekarang telah memiliki akaun shopee sendiri yang dapat mempromosikan product iaitu makanan ringan beliau. Dengan promosi dalam Shopee tersebut, ramai pelanggan memesan dan membeli produk daripadanya, yang secara tidak langsung membantu meningkatkan pendapatannya.

Canva1

Nama

: Koh Soon King

Umur

: 53 tahun

Ahli

: 2021

Latar belakang

Koh Soon King menyandang sebagai seorang suri rumah. Beliau juga merupakan ahli Pedi sejak 2021 ini. Oleh kerana perkhidmatan yang disediakan oleh Pedi membautkan beliau berinisiatif untuk meminta bantuan daripada petugas Pedi untuk membantu membimbing beliau dalam membuat poster untuk mempromosikan perniagaannya. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pedi

Sebelum penggunaan ICT dan juga dibimbing oleh petugas Pedi, beliau melalui mesej kepada pelanggan yang melanggan keluarga, rakan dan beberapa kenalan yang membelinya. Perniagaannya tidak meluas dari awal perniagaan sehingga dia menyedari bahawa kelebihan ICT adalah statik.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pedi

Selepas menggunakan ICT dan dibimbing oleh petugas dari Pedi Pekan Marudi, beliau sekarang telah memahami setiap penjelasan dengan jelas. Beliau berasa gembira dan berpuas hati kerana akhirnya beliau dapat memulakan desain beliau dengan menggunakan aplikasi Canva ini dengan mudah serta mudahkan tugasan beliau. 

 

FB IMG 1618016355604-min

 

Nama

:Aren Lah

Umur

: 58 tahun

Ahli

: 2021

Latar belakang

Puan Aren Lah merupakan seorang ibu rumah tangga yang sejak awal kariernya lagi, beliau telah membuat kraftangan yang pelbagai secara kecil-kecilan. Awalnya, beliau hanya membuat kraftangan kerana kebiasaannya melihat ibu beliau membuat kraftangan untuk dijadikan hiasan di rumah serta jualan dan turut dijadikan sebagai hobi terutama sekali pada masa lapangnya. Sudah lebih daripada 10 tahun beliau mengusahakan perniagaan ini dan semakin hari semakin berkembang sehingga sampai tahap beliau tidak mampu untuk melakukannya sendirian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pedi

Puan Aren Lah pada dasarnya tidak mengenali ICT serta kemampuannya. Beliau hanya bergantung kepada penjualan secara bersemuka. Beliau berjual produknya di pasar pagi, semasa regatta atau di mana-mana lokasi yang melancarkan program terutama sekali yang melibatkan kraftangan. Namun kerana keadaan semasa yang tidak mengizinkan, beliau mengambil peluang ini untuk belajar asas penggunaan ICT, terutama sekali medium sosial media yang ada.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pedi

Kini, beliau berasa puas hati kerana diberi peluang unuk mendalami ilmu ICT, terutama sekali penggunaan facebook. Beliau giat menggunaakan facebook sebagai salah satu pelantar perniagaan beliau terus berkembang. Sejak mempunyai akaun facebook serta kemudahannya, beliau boleh mendapatkan pelanggan baru dan serta mendapat sambutan ramai. Oleh itu, beliau kini dapat meneruskan perniagaan beliau dengan lebih efesien dan efektif, serta mengjimatkan masa untuk mencari pelanggan bahkan pelanggan yang sedia ada juga turut giat membeli daripada beliau .