PicsArt 04-09-12.17.18-min

Nama

: Rahimah binti Nawardi

Umur

: 27 tahun

Ahli

: 2021

Latar belakang

Delicious Cheap Cookies telah beroperasi sejak 2014 lagi. Pemiliki perniagaan kecil ini ialah Puan Rahimah yang juga merupakan ahli Pedi Pekan Marudi pada 25 Mac 2021. Beliau memulakan perniagaan ini atas dasar ingin menyara keluarga serta dijadikan sebagai hobi bagi mengisi masa lapang. Beliau hanya mejalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan di marudi sahaja. Pada awalnya beliau tidak menyangka bahwa perniagaan beliau mendapat sambutan ramai. Namun, bagi beliau pendapatan yang beliau perolehi bagi menampung kehidupan keluarga pada masa kini tidak mencukupi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pedi

Sebelum penggunaan ICT, pendapatan beliau secara rawak adalah RM450 sebulan. Sekiranya nilai mata wang adalah seperti dahulu, pendapatan beliau dapat menampung sebahagian besar keperluan keluarga. Namun bagi masa kini, lebih-lebih lagi musim pandemik ini pendapatan yang benilai RM450 itu tidak cukup untuk menampung keperluan keluarga. Pelanggan yang melanggan hanya daripada golongan keluarga, rakan- rakan dan beberapa kenalan terdekat sahaja. Perniagaan beliau tidak meluas namun hanya static dari awal perniagaan sehingga beliau mengenali kelebihan ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pedi

Kini, hari demi hari perniagaan beliau semakin berkembang dan menjadi sambutan ramai orang. Sejak beliau belajar mengenai asas ICT serta kelebihannya, beliau benar-benar menggunakan ilmu yang beliau pelajari bagi mengembangkan perniagaan beliau. Bermulakan dengan peningkatan pendapatan daripada RM450 kepada RM600 dan semakin meningkat, beliau kini dapat membawa kestabilan dari segi kewangan kepada keluarganya. Beliau berasa sangat gembira dan berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh PIK Pekan Marudi bagi membantu beliau mengembangkan perniagaan beliau melalui penggunaan ICT.

 

IMG20210317105603-min

Belajar menggunakan Microsoft Powerpoint

Nama

: Melanie Ganin Anak Simon

Umur

: 21 tahun

Ahli

: 2021

Latar belakang

Melanie Ganin Anak Simon merupakan pelajar lepasa STPM 2019 serta telah berdaftar sebagai ahli Pedi Pekan Marudi pada 15 Mac 2021 yang lalu. Kini, belaiu datang ke Pedi untuk mempelajari penggunaan Microsoft Powerpoint dengan lebih dalam lagi . Tujuan beliau datang untuk belajar penggunaan Microsoft Powerpoint adalah untuk memudahkan beliau menyelesaikan tugasannya apabila beliau berjaya untuk melanjutkan pendidikan beiau ke peringkat lebih tinggi. Setakat ini, beliau hanya mengenali asas Microsoft Word sahaja. Namun kali ini, beliau mengambil peluang ini, untuk mempelajari asas penggunaan Microsoft Powerpoint.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pedi

Pada awalnya, beliau hanya mempunyai asas Microsoft Word serta sedikit asas pengkomputeran. Beliau pengambil peluang kali ini untuk mempelajari asas Microsoft Powerpoint. Terdapat beberapa asas Microsoft Powerpoint yang beliau pelajari. Pada awalnya beliau tidak mengerti apa yang diterangkan secara teori. Setelah ditunjukkan demo penggunaan serta hands on, beliau boleh menyediakan slide powerpoint yang ringkas. Dalam masa yang sama, beliau turut belajar untuk memuat turun gambar serta lagu melalui aplikasi google.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pedi

Kini, Beliau berasa sangat berpuas hati kerana perkhidmatan yang diberikan oleh pegawai PEDi amatlah mendatangkan faedah kepada beliau . Bukan itu sahaja, beliau berjaya menyediakan slide powerpoint serta membuat tetapan itu kepada bentuk slideshow diiringi dengan lagu yang beliau muat turunkan. Melalui ilmu serta kemudahan ini, beliau berjaya menyelesaikan slide yang telah beliau bertungkus lumus hasilkan. Dengan ilmu yang beliau perolehi ini, beliau berasa lebih yakin untuk membuat tugasan yang melibatkan Microsoft mahu yang melibatkan penggunaan ICT. 

 

cath 

Nama

: Catherine Anna Chong Siew WEI

Umur

: 23 tahun

Ahli

: 2015

Latar belakang

Catherine Anna Chong Siew Wei merupakan seorang belia muda Marudi yang berusia 23 tahun yang kini memiliki perniagaan makanan di Tamu Marudi Gerai no. 10. Beliau memulakan perniagaannya pada Januari 2020. Kini perniagaannya telah beroperasi selama setahun. Perniagaan ini beliau kendalikan bersama ibunya yang bernama Mariam Henry Lalo. Menu utama bagi perniagaan beliau adalah ‘Bubur Claypot’ yang merupakan satu satunya menu yang hanya terdapat di gerai beliau di dalam kawasan Marudi. Perniagaan beliau kian berkembang walaupun berhadapan dengan beberapa halangan terutamanya  dalam tempoh pandemi ini

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pedi

Sebelum Catherine menggunakan ICT dalam tujuan mempromosikan perniagaan beliau, beliau hanya menggunakan whatsapp serta pesanan ringkas(sms) sebagai platform untuk mendapatkan pelanggan. Selain itu, perniagaan secara di luar talian seperti menunggu pelanggan untuk datang berkunjung ke gerai tidak mendapat sambutan yang baik. Lebih-lebih lagi perniagaan beliau baru beroperasi ketika itu dan tidak ramai penduduk yang mengetahui tentang wujudnya perniagaan beliau di Marudi ini.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pedi

Selepas bergiat di dalam penggunaan ICT, kini perniagaan Catherine semakin berkembang. Dengan bantuan media sosial seperti facebook dan instagram , perniagaan beliau kini dikenali oleh masyarakat Marudi. Kini beliau memperkenalkan sistem penghantaran secara percuma kepada pelanggan yang membuat tempahan awal. Selain itu, dengan kemudahan yang diperuntukkan oleh Pedi contohnya penggunaan Microsoft Office , sekarang beliau boleh merancang risalahnya sendiri untuk mempromosikan perniagaan beliau kepada penduduk yang berada di luar Marudi. Kini, beliau berasa sangat gembira kerana berpeluang menggunakan ICT sebagai pemacu perniagaannya.

IMG20210217122829-min

Belajar menggunakan Microsoft word

 

Nama

: Alice Anak Anom

Umur

: 26 tahun

Ahli

: 2019

 

 

Latar belakang

Alice Anak Anom merupakan penduduk Linei dan telah berdaftar sebagai ahli Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia(Pedi)  sejak 3 Oktober 2019. Tujuan beliau mengunjungi Pedi pada hari ini adalah untuk menyediakan surat rujukan lapor diri bekerja di Miri. Namun kerana beliau tidak mempunyai ilmu penggunaan Microsoft word, beliau meminta bantuan daripada pegawai Pedi yang bertugas untuk membimbing beliau menyiapkan surat tersebut. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pedi

Sebelum Alice dibimbing untuk menggunakan Microsoft word, beliau hanya mempunyai pengetahuan yang sangat asas sahaja mengenai Microsoft word. Misalnya, menaip, mengubah font dan size tulisan sahaja. Bahkan beliau juga tidak mempunyai pengalaman untuk mencetak . Di Pedi, pegawai yang bertugas membimbing beliau selangkah demi selangkah bagi memudahkan beliau untuk memahami apa yang diajar oleh pegawai.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pedi

Setelah dibimbing serta diberi penerangan ringkas oleh pegawai Pedi yang bertugas, kini beliau mempunyai ilmu tambahan mengenai asas penggunaan mircosoft word. Beliau berjaya menyediakan surat beliau dengan hasil yang kemas ,tersusun dan jelas serta membuat cetakan surat tersebut sendiri. Beliau sangat gembira dan berpuas hati dengan perkembangan pengetahuan yang beliau terima.

 

 

MMMM.jpg

USAHAWAN PERKHIDMATAN SOLEKAN

Nama

: Eddie Lim

Umur

: 24 tahun

Ahli

: 2016

Latar belakang

 

Eddie seorang pemuda yang berumur 24 tahun sedang bergiat dalam bidang perniagaan perkhidmatan solekan di atas talian. Beliau seorang belia yang muda di Pekan Marudi yang membuat perkhidmatan solekan. Beliau tinggal bersama keluarganya. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pedi

 

Sebelum Eddie menggunakan ICT untuk membuat promosi perkhidmatannya, Eddie hanya akan mempromosikan perkhidmatan solekan beliau hanya di aplikasi Whatsapp sahaja. Dengan aplikasi Whatsapp, Eddie akan mempromosikan perkhidmatan beliau dengan beberapa kenalan beliau. Sampai satu tahap,beliau telah melawat ke PIK Pekan Marudi dengan bertanyakan bagaimana hendak memperluaskan lagi perniagaan beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pedi

Selepas mengenali laman Facebook, kini Eddie banyak mempromosikan perkhidmatan solekan beliau di laman Facebook beliau. Sehingga kini, perkhidmatan solekan Eddie telah dikenali luar dari kawasan Pekan Marudi. Selain di Marudi, beliau juga ada membuat perkhidmatan solekan di luar pekan Marudi contohnya, di Bandar Miri, Sibu dan banyak lagi. Beliau amat gembira akan adanya laman begini.