Cara Menghantar CV melalui Emel

Langkah 1 :

Log masuk ke akaun emel anda.

Langkah 2 : 

Tekan 'Compose' untuk menghantar emel tersebut. Masukkan alamat emel penerima dan isikan ' CV nama sendiri' dalam subjek.

Langkah 3 :

Muat naik files CV anda pada butang simbol 'Attach Files' di bahagian bawah bersebelahan dengan butang 'Send'.

 

Gambar di bawah menunjukkan Puan Jacintha yang sedang belajar cara menghantar CV suaminya yang berusaha mencari pekerjaan melalui emel yahoo.

 

Petugas PIK mengajar Puan Jacintha Ak Lemin cara untuk menghantar CV melaui emel.

 

Puan Jacintha mencuba untuk menghantar CV tanpa bantuan orang lain.

 

Muat naik CV suaminya pada emel dan hantar.

PROGRAM HARI DASHBOARD KOMUNITI & KDB

 

Pihak PEDI Pekan Marudi telah menganjurkan Program Hari Dashboard Komuniti & KDB pada 28 Oktober 2016 (Jumaat) yang lalu.

Program tersebut dianjurkan bersama ahli Kluster Baram termasuk PEDI Pekan Marudi, PEDI Pekan Beluru dan juga PEDI Long Lama. Program tersebut bermula pada jam 8 pagi hingga 5 petang bersama komuniti yang telah dijemput bagi sama-sama memeriahkan lagi program tersebut.

Golongan yang terlibat adalah seperti berikut :

  1. Hospital Marudi
  2. JKR Marudi
  3. Jabatan Penerangan
  4. Good Shepherd Church Marudi
  5. SMK Marudi
  6. PBB Pekan Marudi
  7. Buddha Association Pekan Marudi
  8. Public Bank
  9. Teksi Marudi

 

 

Para peserta menonton video KDB yang ditayangkan oleh pihak PEDI.

 

Segelintir peserta yang bergambar bersama-sama untuk kenangan.

Peserta mendengar penjelasan tentang Dashboard Komuniti & KDB.

 

Program Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak

Untuk makluman, MCMC melalui Bahagian Advokasi dan Jangkauan dengan kerjasama JAKIM telah menganjurkan‘Program Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak’ bertujuan mewujudkan penglibatan aktif dari masyarakat dalam menyelami mesej-mesej utama advokasi khususnya penggunaan internet secara positif dari sudut pandangan Islam.

Pelaksanaan program ini berlangsung dari 1 September – 30 November 2016 serentak di seluruh Malaysia.

Program ini turut mendapat kerjasama dari komuniti pereka grafik terbesar di Malaysia “Grafik Malaya” (GM).

 

Maklumat lanjut mengenai pertandingan boleh dilayari di pautan berikut: http://www.dakwahdigitalkdb.my atau hubungi PEDi pekan Marudi di talian 01115175822 (Miss Pauline). Terma Syarat Pertandingan Poster Dakwah Digital KDB .

 

 

 

 

 

Hari Sukan Negara Daerah Marudi

Hari Sukan Negara telah diadakan di daerah marudi pada 8/10/2016 (Sabtu) dan semua penduduk pekan marudi turut menyertai tanpa mengira umur, bangsa dan agama.

Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti :

aktivit regangan otot dan juga senamrobik sebelum larian 6km dimulakan

 

 Aktiviti tarik tali di stadium

 

Sepak takraw

 

Selain itu,masih banyak lagi aktiviti yang diadakan pada waktu malam seperti konsert yang diraikan oleh penyanyi iban Ricky Andreson dan pertandingan poco-poco yang disertai oleh penduduk kampung yang ada di Pekan Marudi.

 

Pertandingan Video Kreatif Kesihatan Remaja

 

 

Pertandingan Video Kreatif Kesihatan Remaja 2016.


Untuk makluman, MCMC melalui Bahagian Advokasi dan Jangkauan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menganjurkan ‘Pertandingan Video Kreatif Kesihatan Remaja 2016’ yang bertemakan ‘Memperkasakan Remaja Digital Dengan Gaya Hidup Sihat’. Program ini dijalankan dalam menyokong Pelan Tindakan Kesihatan Remaja Kebangsaan 2015-2020. Pihak MCMC juga menggalakkan penyertaan dari pengguna dan ahli PIK dalam pertandingan ini bagi mencungkil bakat dan menzahirkan kreativiti mereka.
Sila layari laman web http://www.infosihat.gov.my/…/pengumuman/pertandingan_video… untuk maklumat lanjut.