Keahlian PEDi Pekan Marudi terkini telah mencapai  3436 orang.

Resipi Kek Labu Kukus

3 Biji Telur Gred A

250gm Mentega

1 1/2 cawan Gula Merah

2 cawan labu (Kukus & hancurkan)

2 cawan Tepung Gandum

1 sudu kecil Baking Powder

2 sudu Esen Vanila

Kismis jika suka

 

Cara-cara membuat :

  1. Pukul telur, mentega, gula hingga gebu dan sebati
  2. masukkan labu disusuli dengan Tepung gandum. Gaul @ putar sebati.
  3. last sekali masukkan vanila,gaul dan masukkan kismis..gaul rata.
  4. kukus sejam lebih hingga masak.
  5. Tutup tudung periuk kukus dengan aluminium foil.

 

 

 

 

 

Bagaimana untuk ke Marudi:
Dari Miri, Sarawak ada tiga cara untuk ke pekan ini:

  1. Pertama dengan menggunakan pengangkutan udara (MasWing)
  2. Melalui Batang (Sungai) Baram dengan menggunakan bot ekspress.Batang Baram, adalah laluan utama ke kawasan Ulu Baram. Setiap hari beberapa bot ekspres mengadakan perjalanan dari jeti Kuala Baram (20 km dari pusat bandar Miri) ke pekan Marudi. Perjalanan mengambil masa 3 jam setengah dengan tambang RM20 sehala. Destinasi terakhir bot ini ialah di kawasan Ulu Baram, iaitu pekan Long Lama.
  3. Pengangkutan darat (melalui jalan pembalakkan melalui ladang kelapa sawit) dari Miri. Perjalanan ini akan mengambil masa hampir 2 jam dalam perjalanan balik ke Miri menggunakan Toyota Landcruiser Ninja, Hilux (semua kenderaan 4Wd). Meredah jalan balak tersebut terpaksa melalui  sebuah sungai dengan menggunakan 1 feri iaitu di Batang Baram. Sebuah jambatan di Sungai Arang telah dibina unutk memudahkan perjalanan kerana sebelum jambatan dibina, sebuah feri digunakan untuk menyeberangi sungai tersebut. Jalan yang teruk kadang-kadang melalui lereng bukit menyebabkan pengguna jalan melambung-lambung sehingga kepala mencecah bumbung kenderaan. Tambang sebanyak RM40 dikenakan bagi perjalanan satu hala Marudi – Miri. Perkhidmatan transport ini boleh didapati di setiap penjuru jalan di pekan Marudi dan juga di lobi-lobi hotel. Lihat papan tanda yang dipamerkan termasuk destinasi dan waktu bertolak.

 

 

Bot Express

 

 

 Jalan Darat 

 

Pengangkutan Udara (MasWing)

Bengkel Skrip ke Skrin 2016 (Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK), Unimas)

Satu bengkel Skrip ke Skrin telah diadakan pada 20-21 Julai 2016 di Faculty of Applied & Creative Arts, Unimas anjuran pihak MCMC Sarawak. Hanya PIK yang terpilih sahaja yang akan menyertai bengkel tersebut dan PIK Pekan Marudi juga tidak terkecuali. Terdapat 60 peserta daripada PIK berlainan iaitu dari Maxis, Digi dan juga TM.

 Peserta mendengar dengan teliti pensyarah mengajar tentang proses pembentukan film. 

 

Kumpulan 1 yang mendapat tempat Ke-2 dengan wang tunai sebanyak RM700

Peserta bertungkus lumus menyediakan film mereka dengan Adobe Premier Pro serta mendapat tunjuk ajar daripada pelatih Unimas

 

 

Anyaman Rotan

 

Anyaman rotan sudah dikenal sejak lama dan diduga orang mengenal produk rotan ini dimulai dari bentuk anyaman. Keindahan corak anyaman rotan sangat beragam. Corak itu dirancang oleh para perajin rotan secara turun-temurun berdasarkan tradisi nenek moyang. Bila ada anyaman rotan ciptaan baru, itu hanya pengembangan dari corak anyaman yang sudah ada. Dalam konteks ini, hanya sebahagian kecil corak anyaman yang disajikan dengan istilah-istilah atau nama dari dunia perajin di daerahnya masing-masing. Terdapat juga anyaman yang tidak memiliki nama.

 

 

 MOTIF KELABANG

 MOTIF LIRIS ANDIK

 MOTIF JRUNOR KEMBAR KECIL

 MOTID GEOMATRIS

 MOTID DEKORATIF GEOMATRIS

 MOTIF JRUNOR BESAR

 

Sub-kategori

Pusat Sebaran Maklumat Nasional Pekan Marudi mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal komuniti kami. NADI Pekan Marudi merupakan satu program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd. Ia merupakan program yang bertujuan untuk merapatkan jurang digital dan melahirkan generasi masyarakat yang berdaya saing.

 

 VISI

Menjadikan NADI sebagai pusat sehenti perkhidmatan dan pembelajaran digital yang berupaya menaik taraf sosio-ekonomi komuniti menjelang tahun 2020.

MISI

  • Membangunkan kompetensi sumber manusia NADI dan modal insan komuniti melalui program latihan dan pembangunan terancang.
  • Pengujudan dan penambahbaikan berterusan proses kerja supaya berupaya memacu ke arah pencapaian visi.
  • Penggunaan teknologi ( perkakasan, aplikasi dan infrastruktur ) setara yang boleh dimanfaatkan oleh komuniti. 

Waktu Operasi :

Dibuka setiap hari kecuali Cuti Umum.

Isnin - Ahad :  8:00 am - 5.00 pm

                Rehat : 1.00 pm - 2.00 pm     

          Jumaat : 8:00 am - 12:30 pm

                           Rehat : 12:30pm -2:30pm                  

                                                                              

                          

 Alamat :

 
 
                                        Pusat Sebaran Maklumat Nasional Pekan Marudi
 
 , 

                       Bangunan Lama Perpustakaan Marudi, Jalan Wira, 98050 Marudi, Baram, SARAWAK

Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..my
 

Direction to Pedi Pekan Marudi

 

Untitled.png