Unifi Marudi Fasa I

Pemasangan Unifi d Kpg Narum, Ridan, Baru dan Dagang 

Bermula Bulan 17 Jun 2021

feedbackUnifiAll Marudian have been talking about Unifi since one year ago

The talking has eventually become a reality :1

7June 2021 - Hari Pertama Unifi Marudi

Unifi Marudi implementation goes phase by phase

Unifi Marudi Phase I covered Kpg Narum, Baru, Ridan and Dagang

Below are some of the feedbacks.

 

 

Poster Pakej Tahun 4 1

Tahun 5 Tahun 6

Pendaftaran kelas e-tuisyen bagi pelajaran tahun 4, 5 dan 6 bagi bulan Julai 2021 kini dibuka. Segala sesi pengajaran dan pembelajaran adalah secara atas talian. Bagi sesiapa yang berminat dan ibu bapa yang ingin pendaftar anak-anak mereka boleh menghubungi Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia yang berhampiran dengan anda. 

Screenshot 2021-06-03-11-07-54-47 2 Picture2-min 1  Screenshot 2021-06-03-11-08-10-25 2

Perayaan Hari Gawai selalunya disambut dengan sangat meriah setiap tahun. Di mana rumah panjang sememangnya akan menjadi sangat meriah dengan bunyi mercun pada malam ambang gawai serta banyak aktiviti yang dilakukan sepertia kunjung mengunjung, sukaneka persaudaraan dan sebagainya. Selain itu, boleh dilihat ramai orang yang akan datang ke Pekan Marudi untuk membeli bahan-bahan untuk persiapan sambutan gawai seperti membeli kek lapis, biskut, minuman dan sebagainya. Namun sangat berbeza dengan tahun ini, dimana perayaan hanya boleh disambut antara keluarga sahaja. Oleh yang demikian, kali ini ramai yang membuat tempah awal daripada peniaga-peniaga yang membuat servis jualan kek lapis bagi tetap mematuhi SOP serta mengurangkan kontak di luar. Dalam masa yang sama, komuniti Sarakup Indu Dayak Pampang Marudi juga tidak melepaskan peluang untuk tetap menjalankan pertandingan Pekit Ngepan Indu Iban 2021 secara atas talian melalui platform media sosial lama facebook.Walaupun demikian, Perayaan Hari Gawai masih boleh disambut walaupun secara kecil-kecilan dan SOP yang perlu diutamakan demi keselamatan bersama. 

 

JKNsarawak2 Screenshot 2021-06-03-11-18-48-45 2

Sudah semestinya berita ini merupakan berita yang mengejutkan bagi penduduk Marudi di mana status Pekan Marudi baru sahaja bertukar kepada zon hijau namun kini dikejutkan dengan kenaikan jangkitan tempatan yang melebihi 40 kes jangkitan dalam tempoh 14 hari membuatkan Marudi bertukar ke status Merah. Kini, pergerakan di Pekan Marudi semakin diperketatkan di mana hampir semua kedai ditutup kecuali pembekal barang keperluan harian. Di mohon agar penduduk Marudi menjalankan lockdown kendiri demi keselamatan bersama. Kita jaga kita.

 

IMG20210530154029-min NEW-min IMG20210530154052-min 

Setelah sekian lama menanti-nanti, akhirnya penantian akan berakhir tidak lama lagi. Dalam keadaan sekarang internet adalah menjadi salah satu keperluan utama. Kerana faktor kerja dari rumah, kelas atas talian membuatkan internet ini sangat diperlukan. Pada dasarnya, Marudi merupakan sebuah pekan yang mempunyai banyak pejabat, beberapa buah bank dan sekolah. Hampir semua aktiviti melibatkan internet. Dengan keadaan internet yang sekarang, ramai yang tidak berpuas hati dan agak sukar untuk mereka menyelesaikan tugas atau melakukan aktiviti yang melibatkan penggunaan internet. Namun, kerana usaha pihak yang berkenaan, Marudi dalam proses untuk berkembang. Kini boleh didapati beberapa tiang unifi telah dinaikkan. Oleh yang demikian, selepas ini masyarakat di Marudi boleh menikmati servis internet yang lebih stabil dan pantas. UniFi merupakan perkhidmatan jalur lebar yang menggunakan gentian optik untuk menyampaikan internet berkelajuan tinggi, telefon dan perkhidmatan IPTV ke rumah pelanggan. Jenis teknologi yang digunakan untuk menyampaikan perkhidmatan UniFi ke rumah pelanggan adalah bergantung kepada jenis premis pelanggan. Jika premis pelanggan adalah hartanah, Fibre to the Home (FTTH) akan digunakan manakala jika premis pelanggan adalah bangunan tinggi, Very high speed Digital Subscriber Line 2(VDSL 2) akan digunakan.Oleh itu dengan wujudnya unifi di Marudi menjadi penantian bagi masyarakat di Marudi. 

 

Sub-kategori

Pusat Sebaran Maklumat Nasional Pekan Marudi mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal komuniti kami. NADI Pekan Marudi merupakan satu program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd. Ia merupakan program yang bertujuan untuk merapatkan jurang digital dan melahirkan generasi masyarakat yang berdaya saing.

 

 VISI

Menjadikan NADI sebagai pusat sehenti perkhidmatan dan pembelajaran digital yang berupaya menaik taraf sosio-ekonomi komuniti menjelang tahun 2020.

MISI

  • Membangunkan kompetensi sumber manusia NADI dan modal insan komuniti melalui program latihan dan pembangunan terancang.
  • Pengujudan dan penambahbaikan berterusan proses kerja supaya berupaya memacu ke arah pencapaian visi.
  • Penggunaan teknologi ( perkakasan, aplikasi dan infrastruktur ) setara yang boleh dimanfaatkan oleh komuniti. 

Waktu Operasi :

Dibuka setiap hari kecuali Cuti Umum.

Isnin - Ahad :  8:00 am - 5.00 pm

                Rehat : 1.00 pm - 2.00 pm     

          Jumaat : 8:00 am - 12:30 pm

                           Rehat : 12:30pm -2:30pm                  

                                                                              

                          

 Alamat :

 
 
                                        Pusat Sebaran Maklumat Nasional Pekan Marudi
 
 , 

                       Bangunan Lama Perpustakaan Marudi, Jalan Wira, 98050 Marudi, Baram, SARAWAK

Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..my
 

Direction to Pedi Pekan Marudi

 

Untitled.png