Perayaan Paskah atau lebih dikenali sebagai Good Friday dan Easter Sunday ini merupakan perayaan yang disambut oleh seluruh umat Kristian Tidak terlepas juga dengan masyarakat yang beragama Kristian di Marudi ini. Namun perayaan Paskah pada tahun ini tidak seperti tahun-tahun yang lalu, dimana semua umat Kristian dapat berkumpul di gereja untuk merayaan Paskah ini. Kerana keadaan yang tidak mengizinkan serta bilangan pesakit covid-19 semakin meningkat, perayaan ini disambut di rumah bersama keluarga masing-masing. Menurut umat Kristian dan kepercayaannya, arti Paskah ini ada melewati atau di dalam bahasa Inggeris adalah "Passover". Umat Kristian percaya bahawa Tuhan mereka Yesus Kristus telah mati di atas kayu Salib dan bangkit pada hari ketiga iaitu "Easter Sunday" untuk menebus dosa umat manusia. Oleh itu, seluruh umat Kristian menyambut perayaan Paskah ini setiap tahun sebagai peringatan akan Yesus Kristus yang telah mati bagi penebus dosa manusia.
Sejak musim pandemik ini, tidak dinafikan bahawa ramai yang telah dibuang kerja, dikurangkan gaji, serta bisnes tidak berjalan dengan baik. Namun tidak sedikit juga orang yang mengaut keuntungan daripada orang lain demi kepentingan diri sendiri serta kerana terdesakan Kini, masalah scam atau scammer semakin berleluasa. Hari demi hari, semakain ramai yang ditipu. Misalnya memenangi peraduan, membeli pakej pelancongan, membeli Iphone murah dan sebagainya. Perkara tersebut bukan sahaja terjadi dalam kalangan orang dewasa, namun turut terjadi dalam kalangan kanak-kanak. Sikap kanak-kanak yang sememangnya suka untuk berkongsi segala perkara di media sosial bersama kawan-kawan mereka dapat mengundang resiko. Beringatlah selalu, jangan mendedahkan maklumat peribadi anda , baik kepada orang yang tidak dikenali mahupun kepada orang yang dikenali bagi keselamatan bersama. Dalam masa yang sama peringatkan anak-anak anda untuk berhati-hati dengan maklumat yang terdapat di dalam media sosial.
Seperti yang telah kita sedia maklum, bermula 4 April 2021, pelajar sekolah menengah akan memulakan sesi pembelajaran dan pengajaran secara bersemuka. Dengan ini, sekolah seluruh Malaysia akan beroperasi secara bersemuka mulai 4 April 2021 ini nanti. Tidak terlepas juga dengan sekolah di kawasan Marudi yang akan memulakan sesi persekolah secara bersemuka pada 5 April 2021 Isnin ini nanti. Kerana keadaan semasa yang semakin menjadi-jadi, hendaklah semua warga sekolah begitu juga dengan penduduk agar tetap mematuhi SOP yang telah diberikan. Peringatkanlah selalu kepada anak-anak dan pelajar agar sentiasa menjaga jarak serta menggunakan penutup muka sepanjang berada di luar kawasan rumah serta mengekalkan kebersihan sesama. Berwaspadalah selalu di mana pun anda berada. Kita jaga kita.
Pada 29 Mac 2021 Isnin, hujan lebat lebih daripada 30 minit yang menyebabkan air longkang melimpah ke jalan dan bertakung menjadi punca banjir kilat berlaku di pekan Marudi. Longkang yang sedia ada didapati tidak dapat menampung jumlah air yang banyak akibat hujam lebat yang bermula sekitar 2:30 petang Isnin itu. Selain daripada itu, didapati juga banyak aktiviti yang tergendala. Misalnya aktiviti berniaga kecil-kecilan di tepi mahupun yang melibatkan lokasi terbuka. Dalam masa yang sama, pekerjaan yang melibatkan kawasan terbuka juga turut tidak dapat dijalankan. Turut dilaporkan juga bahawa terdapat juga beberapa rumah yang dimasuki air, seperti rumahrumah yang berada di kawasan yang tanah rendah. Dengan ini, dikehendaki penduduk tempatan untuk sentiasa berhati-hati, lebih-lebih lagi dalam musim hujan ini.
Demi kepentingan diri sendiri, ramai orang yang menyampaikan berita palsu serta ramai juga yang terperangkap dengan kepalsuan berita tersebut. Ketahuilah bahawa apabila anda menyampaikan berita yang palsu boleh membawa kepada hal-hal yang tidak diingini.Sebelum anda menyampaikan mana-mana berita baik secara bercerita mahupun di sisial media, pastikan berita tersebut adalah sahih. Tujuannya adalah mengelakkan anda daripada menyebarkan maklumat yang salah kepada orang lain. Dalam masa yang sama, kebebasan bersuara bukan berarti anda boleh sewenang-wenangnya memberi pandangan kepada orang lain seperti mengandungi pandangan mahupun teguran yang mengandungi sindiran. Hendahlah anda mesmastikan pandangan anda tidak berunsur kebencian mahupun sindiran. Jangan disebabkan anda benci, anda menyampaikan maklumat yang salah. Beringatlah, jangan berkongsi sekiranya anda tidak pasti akan kesahihan sesuatu berita atau maklumat.
Sub-kategori
Maklumat Komuniti
Maklumat Pusat Sebaran Maklumat Nasional Pekan Marudi
Pusat Sebaran Maklumat Nasional Pekan Marudi mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal komuniti kami. NADI Pekan Marudi merupakan satu program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd. Ia merupakan program yang bertujuan untuk merapatkan jurang digital dan melahirkan generasi masyarakat yang berdaya saing.
VISI
Menjadikan NADI sebagai pusat sehenti perkhidmatan dan pembelajaran digital yang berupaya menaik taraf sosio-ekonomi komuniti menjelang tahun 2020.
MISI
- Membangunkan kompetensi sumber manusia NADI dan modal insan komuniti melalui program latihan dan pembangunan terancang.
- Pengujudan dan penambahbaikan berterusan proses kerja supaya berupaya memacu ke arah pencapaian visi.
- Penggunaan teknologi ( perkakasan, aplikasi dan infrastruktur ) setara yang boleh dimanfaatkan oleh komuniti.
Waktu Operasi :
Dibuka setiap hari kecuali Cuti Umum.
Isnin - Ahad : 8:00 am - 5.00 pm
Rehat : 1.00 pm - 2.00 pm
Jumaat : 8:00 am - 12:30 pm
Rehat : 12:30pm -2:30pm
Alamat :
Bangunan Lama Perpustakaan Marudi, Jalan Wira, 98050 Marudi, Baram, SARAWAK
Maklumat Pusat Ekonomi Digital
Direction to Pedi Pekan Marudi