WhatsApp Image 2021-05-24 at 14.48.19

WhatsApp Image 2021-05-24 at 14.48.21 1 WhatsApp Image 2021-05-24 at 14.48.21

WhatsApp Image 2021-05-24 at 14.48.20 1 WhatsApp Image 2021-05-24 at 14.48.20 

Program Imunisasi ini dijalankan di Daerah Marudi adalah bertujuan agar penduduk di Marudi dapat meneri vaksin COVID-19. Program ini telah dijalankan sejak Mac yang lalu. Pada kali ini program ini masih lagi diteruskan secara berperingkat kepada penduduk yang bakal menerima vakcin COVID-19 ini. Di Marudi, program ini akan diadakan di Dewan Suarah Baram dengan ruangannya yang luas serta boleh menampung kapasiti penerima vaksin mengikut sesi dan waktu yang ditetapkan. Seperti yang telah disediakan maklumkan, SOP harus diutamakan dimana setiap penerima vaksin yang hadir perlu menggunakan pelitup muka, berada dalam keadaan yang bersih semasa pergi untuk mengambil vaksin. Di situ, setiap tempat beristirehat dan ruangan pengambilan vaksin adalah berada dalam keadaan yang mematuhi SOP semasa. Walaupun demikian, keselamatan dan kesihatan harus diutamakan dan walaupun telah menerima vaksinasi. Kita jaga kita. 

cikgu izyan promosi

promosi 2 tahun 4-min

Kelas E-tuisyen telah diadakan sejak awal lagi. Bagi pengetahuan anda, kelas Tahun 4 merupakan kelas yang baru ditambah bertujuan untuk mempelbagaikan lagi program yang dianjurkan. Seperti yang tertera di dalam poster di atas, terdapat profil pengajar yang disertakan. Selain itu, pendaftaran juga boleh dilakukan sekarang kerana kelas akan bermula pada bulan Jun 2021 ini. Turut disertakan juga jadual waktu e-tuisyen yang akan dijalankan nanti. Bagi maklumat lanjut sila hubungi Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia yang berhampiran. 

 

156598797 2861944844079750 1897189507369686166 n 156778322 2861944694079765 3902727520793426771 n 157752368 2861944760746425 8466024012514352650 n

Pekan Marudi yang pernah dikenali sebagai ‘pekan koboi’ kerana jarang dikunjungi orang luar disebabkan kesukaran untuk pergi ke situ sama ada melalui jalan darat mahupun jalan air, pasti akan berubah wajah dalam tempoh beberapa tahun lagi dan penduduknya sudah bersiap sedia menunggu detik tersebut. Pada tahun 2019 diumumkan mengenai Jambatan yang akan dibina di Marudi. Mungkin ramai yang tertanya-tanya, bagaimana kemajuan jambatan tersebut hari ini. Sehingga hari ini, projek pembinaan Jambatan Marudi masih lagi giat dijalankan. Menurut apa yang dijelaskan sebelum ini, jambatan tersebut akan menjadi 2 hala di mana kereta tidak perlu menunggu antara satu dengan yang lain bagi melintasi jambatan tersebut. Dalam masa yang sama, ini boleh mengelakkan daripada berlakunya kemalangan jalan raya sekali gus menyingkatkan masa memandu. Seiring dengan berkembangnya pasaran pada masa kini, rakyat Marudi juga tidak mahu ketinggalan daripada mendapat keistimewaan meraih kemajuan di Marudi. Dengan adanya pembinaa jambatan yang ditunggu-tunggu ini pasti akan membuka peluang kepada orang ramai untuk meningkatkan taraf hidup kerana kemudahan juga turut disediakan . 

h 

WhatsApp Image 2021-05-19 at 11.02.43 1 WhatsApp Image 2021-05-19 at 11.02.43

 

Setelah sebulan lebih, akhirnya Marudi telah berubah status kembali ke status Hijau setelah tiada kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari lalu. Walaupun demikian, penduduk harus tetap mematuhi SOP yang telah disediakan. Masyarakat di Marudi tidak boleh memandang ringan sekali gus berpendapat perjuangan menentang wabak itu telah sampai ke penghujung setelah mendapati jumlah kes positif berkurangan. Sebaliknya, kejadian di masa lalu seharusnya dijadikan pelajaran dan iktibar bahawa sekiranya kita tidak mengambil langkah berjaga-jaga, virus yang "sentiasa siap-sedia" akan menunggu peluang untuk "menimbulkan gelombang" lagi dan mengancam kesihatan, nyawa semua orang. Statistik data kes di Marudi dalam beberapa hari yang lalu adalah hasil usaha bersama dan pengorbanan semua pihak dan masyarakat. Kita kena ingat untuk terus mematuhi SOP dan tidak keluar rumah jika tidak ada hal mustahak. Kita jaga kita.

 

WhatsApp Image 2021-04-28 at 12.09.58 WhatsApp Image 2021-04-28 at 12.12.26 

WhatsApp Image 2021-04-28 at 09.58.26 125337656 166032178570487 6254284964390448350 n 1

Seiring dengan perkembangan era saat ini, Marudi turut berkembang pesat. Pada awalnya, Marudi mempunyai dua buah stesen minyak yang kecil dan berhampiran dengan sungai baram. Anda boleh dapati bahawa tidak banyak kenderaan yang boleh mengisi minyak dalam satu masa yang sama. Hanya terdapat dua buah pam bagi petrol dan dua buah pam juga bagi diesel di dalam sebuah stesen minyak di Marudi. Namun kerana kawasan stesen minyak yang sangat kecil,hanya 3 buah kerana dan sebuah motor yang boleh mengisi minyak dalam satu masa yang sama di dalam sebuah stesen minyak. Semenjak pembinaan waterfront di Marudi, sebuah stesen minyak perlu dirobohkan kerana kawasan tersebut digunakan bagi tujuan pembinaan. Oleh itu, hanya sebuah stesen minyak sahaja yang beroperasi untuk masa ini. Dalam masa yang sama terdapat dua buah stesen minyak yang baru sedang dalam proses pembinaan. Salah satu stesen minyak adalah terletak bersebelahan dengan stadium, manakala sebuah lagi berhadapan dengan Pejabat Jabatan Kerja Raya. Pembinaan stesen minyak ini telah beroperasi sejak tahun 2020 lagi, Kini, kita boleh melihat bahawa semakin banyak peningkatan dalam pembinaan stesen minyak ini yang telah dijalankan. Oleh yang demikian, penduduk boleh mengisi minyak tanpa bertumpu kepada satu stesen minyak sahaja serta memudahkan penduduk untuk bergerak keluar masuk daripada stesen minyak tersebut dengan kawasan yang luas.

 

Sub-kategori

Pusat Sebaran Maklumat Nasional Pekan Marudi mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal komuniti kami. NADI Pekan Marudi merupakan satu program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd. Ia merupakan program yang bertujuan untuk merapatkan jurang digital dan melahirkan generasi masyarakat yang berdaya saing.

 

 VISI

Menjadikan NADI sebagai pusat sehenti perkhidmatan dan pembelajaran digital yang berupaya menaik taraf sosio-ekonomi komuniti menjelang tahun 2020.

MISI

  • Membangunkan kompetensi sumber manusia NADI dan modal insan komuniti melalui program latihan dan pembangunan terancang.
  • Pengujudan dan penambahbaikan berterusan proses kerja supaya berupaya memacu ke arah pencapaian visi.
  • Penggunaan teknologi ( perkakasan, aplikasi dan infrastruktur ) setara yang boleh dimanfaatkan oleh komuniti. 

Waktu Operasi :

Dibuka setiap hari kecuali Cuti Umum.

Isnin - Ahad :  8:00 am - 5.00 pm

                Rehat : 1.00 pm - 2.00 pm     

          Jumaat : 8:00 am - 12:30 pm

                           Rehat : 12:30pm -2:30pm                  

                                                                              

                          

 Alamat :

 
 
                                        Pusat Sebaran Maklumat Nasional Pekan Marudi
 
 , 

                       Bangunan Lama Perpustakaan Marudi, Jalan Wira, 98050 Marudi, Baram, SARAWAK

Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..my
 

Direction to Pedi Pekan Marudi

 

Untitled.png