Setelah sekian lama Marudi berada di dalam zon hijau, akhir-akhir ini Marudi turut mencatat rekod kes positif covid di dalam kalangan penduduk Marudi. Kerana keadan covid yang berlaku di Marudi, membuatkan beberapa kawasan telah ditutup bagi mengurangkan penyebaran covid ini . Antara tempat yang dibuat sekatan adalah di kawasan Kampung Cina, Marudi seperti yang dipaparkan di dalam gambar di atas. Dengan ini, kawasan tersebut tidak boleh dilalui bagi mengelakkan covid ini daripada tersebar lebih luas dalam kalangan penduduk di Marudi. Oleh yang demikian, patuhi SOP yang telah ditetapkan. Pastikan anda menjaga kebersihan diri anda serta tidak memperlekehkan SOP yang ditetapkan.
Kerja-kerja membesarkan jalan di sebelah Pedi Pekan Marudi telah pun siap untuk digunakan. Kerja ini mengambil masa beberapa bulan bagi menyiapkannya. Kini, laluan tersebut boleh dilalui oleh dua kenderaan dan tidak seperti sebelum ini, di mana hanya 1 kehenderaan sahaja yang boleh melalui jalan tersebut. Dalam masa yang sama, sistem perparitan juga turut diperbaiki. Oleh itu tidak ada masalah atau gangguan parit tersumbat dan boleh mengakibatkan banjir di kawasan tersebut lagi. Penduduk Pekan Marudi menghargai usaha pihak yang berkaitan dalam menangani hal tersebut.
Dunia telah digegarkan dengan berita menularan covid-19 yang semakin menjadi-jadi sejak 2020 yang lalu. Namun, masalah ini tidak berhenti di sana sahaja bahkan beranjak ke tahun 2021 ini. Marudi tidak terkecuali daripada kejadian ini. Akhir-akhir ini Marudi telah mengesan beberapa kes positif jangkitan tempatan. Bahkan pada 4 April 2021 kelmarin, Daerah Marudi telah bertukar status daripada kuning ke jingga setelah mencatat 23 kes jangkitan tempatan. Oleh yang demikian, sila patuhi SOP dengan ketat bagi mengelakkan jangkitan ini semakin berlarutan. Jagalah kebersihan diri anda, beringat selalu untuk menjaga jarak sosial, menggunakan penutup muka serta mengamalkan amalan kerap mencuci tangan. Kita jaga kita.
Bila bercakap mengenai pasar ramadan, semestinya yang tercetus di dalam fikiran adalah pelbagai aneka jenis juadah atau hidangan. Misalnya, air tebu, apam balik, pulut panggang dan sebagainya. Dahulu, pasar ramadan menjadi tumpuan ramai orang termasuk mereka yang bukan Islam akan turut serta berkongsi rezeki dengan sesama. Seawal jam 11:30 pagi, kita boleh melihat peniaga-peniaga di pasar ramadan sudah berada di lokasi masing-masing untuk membuat persediaan dan di mana terdapat banyak khemah yang dipasang khas untuk pasar ramadan ini. Namun kini, keadaan sudah berbeza. Kerana keadaan covid yang berlaku di Marudi, suasana di pasar ramadan menjadi kurang meriah dan hanya sebahagian kedai yang beroperasi. Bahkan bagi setiap pengunjung yang pergi ke pasar ramadan harus menitikberatkan SOP seperti semak suhu badan,mencatat maklumat peribadi di dalam buku yang disediakan atau scan My Sejahtera. Dalam masa yang sama SOP diperketatkan bagi mengelakkan penularan covid untuk semakin menjadi-jadi di kalang penduduk Marudi. Kini, penduduk Marudi semakin celik dalam menggunakan sosial media, oleh itu ramai peniaga yang membuat pengeposan ke dalam laman facebook serta membuat COD dalam masa yang sama, kita boleh menjaga keselamatan kita bersama.
Perayaan Qing Ming atau lebih dikenali dengan sembahyang kubur merupakan perayaan yang tidak asing lagi bagi masyarakat Malaysia, begitu juga dengan penduduk Marudi. Mungkin masih ada individu yang tertanya-tanya apakah tujuan perayaan ini diadakan. Perayaan Qing Ming yang bermaksud Perayaan Jelas dan Terang, merupakan perayaan yang disambut oleh masyarakat Cina pada setiap tahun iaitu pada hari ke-15 selepas ekuinoks musim bunga. Namanya menandakan masa bagi orang ramai untuk keluar dari rumah dan menikmati kehijauan musim bunga dan juga menziarahi kubur orang tersayang yang sudah meninggal. Kepentingan perayaan ini diadakan adalah bagi menghormati roh nenek moyang serta keluarga yang telah meninggalkan mereka. Selain itu, terdapat beberapa amalan yang diamalkan oleh masyarakat Cina setiap kali tiba musim Perayaan Qing Ming ini. Mereka akan membersihkan kubur dan sekeliliang perkuburan mendiang. Dalam masa yang sama, mereka menghormati roh nenek moyang serta memberi makanan kepada roh.
Sub-kategori
Maklumat Komuniti
Maklumat Pusat Sebaran Maklumat Nasional Pekan Marudi
Pusat Sebaran Maklumat Nasional Pekan Marudi mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal komuniti kami. NADI Pekan Marudi merupakan satu program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd. Ia merupakan program yang bertujuan untuk merapatkan jurang digital dan melahirkan generasi masyarakat yang berdaya saing.
VISI
Menjadikan NADI sebagai pusat sehenti perkhidmatan dan pembelajaran digital yang berupaya menaik taraf sosio-ekonomi komuniti menjelang tahun 2020.
MISI
- Membangunkan kompetensi sumber manusia NADI dan modal insan komuniti melalui program latihan dan pembangunan terancang.
- Pengujudan dan penambahbaikan berterusan proses kerja supaya berupaya memacu ke arah pencapaian visi.
- Penggunaan teknologi ( perkakasan, aplikasi dan infrastruktur ) setara yang boleh dimanfaatkan oleh komuniti.
Waktu Operasi :
Dibuka setiap hari kecuali Cuti Umum.
Isnin - Ahad : 8:00 am - 5.00 pm
Rehat : 1.00 pm - 2.00 pm
Jumaat : 8:00 am - 12:30 pm
Rehat : 12:30pm -2:30pm
Alamat :
Bangunan Lama Perpustakaan Marudi, Jalan Wira, 98050 Marudi, Baram, SARAWAK
Maklumat Pusat Ekonomi Digital
Direction to Pedi Pekan Marudi